I LOVE MALAYSIA

http://namewee.blogspot.com/



>> click to download the song (.mp3) 5.20MB
>> click to download the song (.aac) 3.05MB
>> click to download negarakuku_low.3gp 4.88MB NEW
>> click to download negarakuku_high.3gp 9.20MB NEW

Get involved in supporting namewee. Simply save this song in your mobile phone and spread the news to those Ah Pek in coffee house, your mom in the kitchen, your father in the office, your girlfriend on her bed, your neighbor you don't know who is it all the while, anyone you meet. To Chinese, discuss with your Malay & Tamil friends; to Malays who support, help your friends to understand namewee.

WHY you need to place this song in your mobile phone? I think you know the answer very well, because Malaysia's broadband internet penetration rate now is only 1-7.6%! Which means there are still loooooooots of Malaysian out there haven't heard of this song before, so get involved NOW! You know what you can do with your Bluetooth now ;)

p/s: The songs & videos are properties of namewee 黃明志.
p/p/s: To students, TURN OFF YOUR MOBILE when in class ;)

Updated 17-08-2007
Negarakuku video clips for mobile phone (.3gp) open for download! Both low & high resolution versions are uploaded, download the low resolution version if you are using a dailup (tmnet 1515 etc.) service for faster download. The quality is ok, so dont worry you won't see namewee's close-up :) Enjoy! (And also, keep in mind that these videos are also namewee's properties)

sponsorship

Monday, August 20, 2007

Berita Harian Online - Jualan secara terbuka CD di Muar perlekeh Bumiputera

Berita Harian Online - Ilmu & Maklumat (Malaysia) s8.emedia.com.my: "Lagi lagu Meng Chee hina Melayu Oleh Junita Mat Rasid

Jualan secara terbuka CD di Muar perlekeh Bumiputera, cetus isu perkauman

MUAR: Pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Wee Meng Chee, yang didakwa menghina lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu, dikesan turut menghasilkan sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang turut menghina orang Melayu.

Lagu Kawanku/My Friends itu, antara dua lagu Meng Chee yang dimuatkan dalam cakera padat (CD) cetak rompak yang dikesan dijual di sebuah pusat beli-belah, dekat sini. Selain lagu itu, CD berkenaan turut memuatkan lagu Negaraku yang diubah suai.

CD itu dipercayai dirakamkan secara haram oleh syarikat atau individu tertentu yang mengambil kesempatan berikutan isu itu sedang hangat diperkatakan.

Kedua-dua lagu itu menjadi lagu pertama dan kedua dalam CD berkenaan itu iaitu lagu Negaraku dimainkan selama lima minit 46 saat, manakala lagu kedua dinyanyikan selama empat minit tujuh saat.

Lagu Kawanku/My Friend berentak rap itu dinyanyikan menggunakan bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris.

Antara liriknya dalam bahasa Melayu, "Cakap lagi la Cina balik China, kalau semua balik sini bukan Malaysia, saya takut mana kamu pergi cari kerja.. tapi biasalah orang Melayu pun tak suka kerja... semua masuk hutan hidung macam sakai.

"Bahasa Melayu saya cakap macam tahi tapi ini ialah saya punya betul feeling sudah 50 tiap-tiap hari tidur tengok hadapan la 2020".

CD itu dipamerkan secara terbuka kepada pembeli, malah lebih mengejutkan apabila lagu itu turut diperdengarkan kepada pelanggan kedai berkenaan tanpa rasa bersalah oleh pekerja kedai berkenaan.

Selain dua lagu nyanyian Meng Chee itu, CD itu turut memuatkan 19 lagi lagu penyanyi terkenal dari Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapura dan Amerika Syarikat termasuk lagu penyanyi Gwen Stefani, Linkin Park, Selena, Sean Kingston, Christine Glass dan Goo Goo Dolls.

CD dengan tajuk dalam bahasa Mandarin yang bermaksud Carta Hits Pasar Malam itu dijual dengan harga RM7 dan turut menampilkan gambar Meng Chee yang digelapkan dan ditandakan tulisan Cina merah yang bermaksud diharamkan.

Bahagian bawah kulit muka hadapan CD itu turut tertera tulisan Mandarin yang bermaksud istimewa untuk Wee Chee Meng tajuk lagu Negaraku dan tajuk lagu Kawanku My Friends.

Tinjauan Berita Harian mendapati pekerja kedai itu tergesa-gesa menutup lagu itu apabila melihat pandangan tidak senang pelanggan dalam kedai itu, tetapi apabila ada yang bertanya mengenainya, mereka memberitahu bahawa lagu itu antara lagu dalam dimuatkan dalam CD gabungan ramai penyanyi.

Tinjauan dan pemeriksaan Berita Harian di beberapa lagi kedai CD serta kaset di sekitar bandar ini bagaimanapun mendapati setakat ini hanya sebuah kedai yang menjual CD berkenaan.

Meng Chee yang menggunakan nama samaran Namewee mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan klip video lagu rap itu di laman web YouTube pertengahan bulan lalu.

Antara lain, lirik lagu dalam bahasa Mandarin itu mendakwa dasar kerajaan meminggirkan masyarakat Cina, memperlekehkan orang Melayu, wanita Islam bertudung dan azan Subuh.

Sebelum ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dilaporkan berkata kementeriannya sedang mengumpul cadangan untuk dikemukakan kepada Peguam Negara dalam usaha menyekat perbuatan mencerca, memperkecilkan dan memberi gambaran buruk terhadap lagu kebangsaan.

Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1965, seseorang boleh didakwa jika didapati berniat mempermain, menghina dan mencerca Negaraku serta menimbulkan kemarahan orang dengan mempertikaikan lagu itu.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap pelajar yang menghasilkan klip video kontroversi Negaraku itu, Meng Chee, diteruskan walaupun sudah meminta maaf secara terbuka Selasa lalu.
Jeff had blog this as well.

No comments:

Recent Comments

sponsorship