I LOVE MALAYSIA

http://namewee.blogspot.com/



>> click to download the song (.mp3) 5.20MB
>> click to download the song (.aac) 3.05MB
>> click to download negarakuku_low.3gp 4.88MB NEW
>> click to download negarakuku_high.3gp 9.20MB NEW

Get involved in supporting namewee. Simply save this song in your mobile phone and spread the news to those Ah Pek in coffee house, your mom in the kitchen, your father in the office, your girlfriend on her bed, your neighbor you don't know who is it all the while, anyone you meet. To Chinese, discuss with your Malay & Tamil friends; to Malays who support, help your friends to understand namewee.

WHY you need to place this song in your mobile phone? I think you know the answer very well, because Malaysia's broadband internet penetration rate now is only 1-7.6%! Which means there are still loooooooots of Malaysian out there haven't heard of this song before, so get involved NOW! You know what you can do with your Bluetooth now ;)

p/s: The songs & videos are properties of namewee 黃明志.
p/p/s: To students, TURN OFF YOUR MOBILE when in class ;)

Updated 17-08-2007
Negarakuku video clips for mobile phone (.3gp) open for download! Both low & high resolution versions are uploaded, download the low resolution version if you are using a dailup (tmnet 1515 etc.) service for faster download. The quality is ok, so dont worry you won't see namewee's close-up :) Enjoy! (And also, keep in mind that these videos are also namewee's properties)

sponsorship

Tuesday, August 21, 2007

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - : MCA bersetuju Meng Chee dihukum

PETALING JAYA 21 Ogos - MCA bersetuju dengan gesaan pelbagai pihak supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap Wee Meng Chee kerana mencipta klip video menghina lagu Negaraku dengan menggunakan bahasa kasar dan lucah.

Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, persetujuan itu selaras dengan prinsip parti berkenaan bahawa perkataan lucah dan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh digunakan semata-mata atas nama kebebasan.

'Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar prinsip ini dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai apa tindakan yang seharusnya dikenakan,' katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kongres Patologi dan Makmal Perubatan Sedunia Ke-24 di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar-akhbar melaporkan Meng Chee meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan penyiaran lagu yang diberi tajuk `Negarakuku’ itu.

Meng Chee juga dilaporkan telah mencipta sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang terang-terangan menghina kaum Melayu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap Meng Chee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan akan diteruskan walaupun dia sudah meminta maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, beberapa kenyataan pemimpin MCA sebelum ini supaya kes itu diselesaikan setelah Meng Chee meminta maaf tidak harus disalah tafsir bahawa parti itu mempertahankan orang yang menggunakan perkataan lucah serta memperalatkan agama dan kaum.

'Ini tidak benar kerana kita menghormati prinsip saling hormat menghormati dalam sebuah negara majmuk dan kita bersetuju tindakan diambil bukan sahaja terhadap Meng Chee malah kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan menggugat keharmonian antara kaum,' tegasnya.

Beliau menjelaskan, pihaknya mahu isu itu diselesaikan segera kerana bimbang ia diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk parti pembangkang demi kepentingan politik mereka.
-Utusan

No comments:

Recent Comments

sponsorship